
JURULATIH Ukraine, Andriy Shevchenko menjangkakan Sweden bakal mempamerkan corak permainan menyerang pada pertembungan peringkat kalah mati awal pagi esok.
Namun baginya dia telah mempunyai strategi dan bersedia sepenuhnya untuk memastikan slot suku akhir menjadi milik mereka.
“Saya rasa mereka tidak akan mengubah gaya mereka. Mereka akan bermain seperti biasa, mempunyai dua penyerang hebat yang bergerak dengan sangat baik.
“Mereka pasti bermain dengan agresif namun kami akan bersedia untuk sebarang senario,” jelasnya.
Ukraine memberi saingan sengit sebelum tewas 2-3 kepada Belanda pada minggu pembukaan kejohanan, disusuli kejayaan 2-1 ke atas Macedonia Utara .
Mereka kemudian tewas 0-1 di tangan Austria, sekali gus menyaksikan Ukraine terpaksa menunggu dua hari bagi mengetahui nasib sebagai penghuni tangga ketiga terbaik.

Sementara itu, jurulatih Sweden, Janee Andersson mahu anak didiknya tidak mendabik dada dan memandang rendah keupayaan lawan.
“Tidak ada tiket kemenangan mudah pada peringkat ini. Setiap pasukan yang layak sangat bagus.
“Pemain perlu mengambil peluang dan melakukan yang terbaik.” jelasnya.
Anak buah Andersson menjuarai Kumpulan E selepas menang ke atas Slovakia dan Poland serta seri menentang Sepanyol.
Add Comment