EURO 2020

Penalti, kebangkitan dan rekod dunia iringi Perancis, Jerman, Portugal ke pusingan kalah mati

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Image

PERANCIS, Jerman dan Portugal mengesahkan tempat ke peringkat 16 terbaik apabila kesemua pasukan mencatat keputusan seri 2-2 dalam perlawanan mendebarkan yang dilangsungkan serentak di Munich dan Budapest.

Kedudukan terakhir Kumpulan F ini hanya diketahui selepas tamat kedua-dua perlawanan yang menyaksikan pertukaran kedudukan sering berlaku sepanjang 90 minit dan akhirnya Hungary terpaksa akur di tangga terbawah.

Dalam pertembungan di Budapest, dua penalti oleh Cristiano Ronaldo menyelamatkan Portugal dari tersingkir apabila berjaya mengikat juara dunia, Perancis yang dihadapan menerusi dua gol oleh Karim Benzema pada minit ke-45 dan 47.

Dua jaringan Ronaldo pada minit ke-31 dan 60 itu menyaksikan beliau menyamai rekod 109 gol antarabangsa yang sebelum ini dipegang oleh pemain Iran, Ali Daei.

Image

Sementara itu dalam pertemuan di Munich, Jerman bangkit dua kali untuk mengikat Hungary sekaligus menamatkan peringkat kumpulan di tangga kedua. Hungary membuat kejutan awal apabila kapten, Adam Szalai membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi tandukan yang cantik menewaskan Manuel Neuer.

Kai Havertz menyamakan kedudukan buat Jerman dengan gol pada minit ke-66 apabila Matt Hummels menghukum kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Hungary.

Kegembiraan Jerman tidak lama apabila Andras Schafer kembali meletakkan Hungary di hadapan pada minit ke-68 dan meletakkan Jerman di tangga terbawah kumpulan pada ketika itu.

Tersentak dengan jaringan itu, jurulatih Jerman, Joachim Loew membuat beberapa pertukaran dan akhirnya gol penyamaan yang dicari berjaya dihasilkan menerusi gandingan pemain yang baru dimasukkan untuk Leon Goretzka merembat masuk pada minit ke-84.

Dengan keputusan ini, Perancis muncul juara kumpulan dan bakal berhadapan Switzerland di Bucharest manakala Jerman bakal berhadapan musuh tradisi, England di London.

Juara bertahan, Portugal pula menempah laluan sukar untuk mempertahankan kejuaraan apabila bakal bertemu dengan pasukan ranking pertama dunia, Belgium di Sevilla.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: