EURO 2020

Trio depan Wales mampu menyinar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bale diharap mampu lebih memberikan impak dan membuktikan ketajaman penyudah apabila menentang Denmark, awal pagi Ahad nanti.

PENGURUS Wales, Robert Page mengharapkan jentera serangan diketuai Gareth Bale, Aaron Ramsey dan Daniel James untuk menyinar pada pertembungan peringkat kalah mati menentang Denmark awal pagi Ahad nanti.

Ujar Page, lima tahun lalu, Wales melangkah ke separuh akhir Euro dan kini skuad bimbingannya lebih yakin menjelang pertemuan di Amsterdam.

Lantas dia memberi amaran kepada Denmark agar tidak memandang rendah kemampuan barisan pemainnya untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Euro 2020 kali ini.

“Kami tahu bahawa kami mampu mengecewakan mereka. Ia pastinya perlawanan yang sukar bertemu Denmark yang mempamer aksi meyakinkan.

“Kami menunjukkan kekentalan pasukan dan sukar untuk ditewaskan begitu juga pemain terbaik yang beraksi di Eropah,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: