EURO 2020

Jaringan Claesson bawa Sweden ke pusingan kalah mati

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sweden melangkah ke pusingan kalah mati selepas menjuarai Kumpulan E.

JARINGAN Viktor Claesson  pada masa kecederaan memastikan kemenangan buat Sweden untuk menjuarai Kumpulan E selepas mengatasi Poland 3-2 di Stadium St Petersburg.

Emil Forsberg meledak dua gol dengan gol pembukaan hadir pada minie ke-2  dan 59 sebelum dua gol melalui Robert Lewandowski memberikan harapan buat Poland untuk mara ke pusingan seterusnya.

Bagaimanapun jaringan dalam masa kecederaan Claesson melenyapkan harapan Poland, manakala Sweden muncul juara kumpulan.

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, anak didik Paulo Sousa dikejutkan dengan gol awal Sweden menerusi kapten, Emil Forsberg yang memanfaatkan kesilapan barisan pertahanan Poland seawal minit kedua.

Poland berpeluang menyamakan kedudukan dalam babak pertama menerusi Robert Lewandowski, namun tandukannya dua kali terkena palang gol sebelum rembatan jarak jauh Piotr Zielinski diselamatkan penjaga gol Sweden, Robin Olsen.

Memasuki babak kedua Sweden terus memiliki kelebihan jaringan apabila Dejan Kulusevski membuat larian solo sebelum melorongkan bola kepada Forsberg untuk meledak gol kedua Sweden pada minit ke-59.

Lewandowski (tengah) meledak dua gol namun gagal membantu kemenangan pasukan.

Poland tidak berputus asa dengan serangan bertali arus dan berjaya merapatkan jurang menerusi sepakan lencong menarik daripada Lewandowski (m-61) sebelum bintang Bayern Munich itu menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-84.

Namun Poland terpaksa akur dan melupakan impian untuk melangkah lebih jauh pada kempen Euro 2020 kali ini selepas membenarkan Claesson meledak gol ketia Sweden pada minit ke-93.

Kemenangan itu menyaksikan Sweden menjuarai Kumpulan E dan dijadualkan menentang pasukan tempat ketiga daripada Kumpulan B atau C di peringkat 16 terbaik pada 29 Jun ini.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: