EURO 2020

Modrid bawa Croatia ke pusingan kalah mati


Image
Modric pimpin negaranya mara ke Pusingan 16 EURO2020.

SATU jaringan cantik dan satu bantuan jaringan oleh Luka Modric membantu Croatia membenam Scotland 3-1 sekaligus layak ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Croatia berjaya menamatkan peringkat kumpulan di tangga kedua dibelakang England manakala Scotland tersingkir dari kejohanan dengan hanya satu mata dari Kumpulan D.

Kedua-dua pasukan bermain baik di Glasgow tetapi magis Modric memisahkan Croatia yang mula mendahului pada minit ke-17 menerusi pemain tengah Nicola Vlasic selepas menerima hantaran Ivan Perisic.

Scotland cuba bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan apabila Callum McGregor berjaya menjaringkan gol pada minit ke-42 untuk menjadikan kedudukan 1-1 hingga tamat separuh masa pertama.

Croatia dengan reputasi sebagai finalis Piala Dunia 2018 dilihat semakin tertekan untuk layak dan semakin memperkemaskan permainan untuk memburu gol kemenangan.

Akhirnya mereka berjaya mendahului menerusi Modric yang menjaringkan gol cantik menerusi kaki kirinya dari luar petak penalti untuk menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-62.

15 minit berselang iaitu pada minit ke-77, Modric membuat bantuan jaringan kepada Ivan Perisic apabila hantarannya dari sepakan sudut berjaya ditanduk Perisic untuk gol ketiga Croatia.

Kedudukan 3-1 kekal hingga wisel penamat dan Croatia kini bakal terbang ke Copenhagen untuk bertemu naib juara kumpulan E pada 28 Jun nanti.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: