EURO 2020

Wijnaldum terus merendah diri


Gandingan Wijnaldum (kanan) dan Depay begitu serasi pada saingan peringkat kumpulan ketika ini.

PEMAIN terbaik perlawanan, Georginio Wijnaldum tetap melihat sumbangan rakan sepasukan antara eleman yang membantu kecemerlangan prestasinya bagi membantu kemaraan pasukan ke pusingan kalah mati.

Meledak dua gol membantu kemenangan pasukan 3-0 mengatasi North Macedonia di Johan Cruff Arena awal pagi tadi, bekas pemain Liverpool yang berpindah ke Paris Saint-Germain  menghargai ‘hubungan istimewanya’ dengan Memphis.

“Memphis dan saya pernah beraksi bersama di PSV dan kami bermain dalam tempoh lama untuk pasukan kebangsaan, jadi ia hubungan istimewa.

“Ia bukan sahaja Memphis dan saya. Kami ada pemain lain yang boleh mengubah perlawanan,” jelas kapten Belanda itu.

Belanda sudah pun layak ke peringkat kalah mati sebagai juara kumpulan selepas menewaskan Ukraine dan Austria sebelum ini dan juara Eropah 1988 itu tahu mereka menuju ke saingan kalah mati di Budapest minggu depan.

Wijnaldum kini mengumpul tiga gol di kejohanan itu dan tidak mustahil bilangan berkenaan mampu ditambah jika melihatkan prestasi dipamerkan Belanda dalam saingan Euro kali ini.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading