EURO 2020

Denmark mara, Finland perlu tunggu

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Image
Terpancar kegembiraan di wajah pasukan Denmark selepas mara ke Pusingan 16.

DENMARK yang tewas dua perlawanan awal peringkat Kumpulan B mempamerkan aksi cemerlang ketika membenam Russia 4-1 sekaligus mengiringi Belgium untuk layak ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Malang buat Finland yang pada suatu ketika berada di tangga kedua terpaksa akur dan kini menunggu keputusan kumpulan lain bagi memastikan sama ada mereka layak sebagai antara empat pasukan tempat ketiga terbaik.

Di Copenhagen, Denmark yang dilihat hampir tersingkir, bangkit di hadapan penyokong sendiri dengan masing-masing satu gol oleh Mikkel Damsgaard, Yussuf Paulsen, Andreas Christensen dan Joachim Maehle.

Denmark yang mendapat simpati dunia bola sepak akibat dari insiden ngeri yang menimpa Christian Eriksen sembilan hari lalu, bakal bertemu Wales di peringkat kalah mati di Amsterdam pada 26 Jun.

Image
Lukaku melakar senarai penjaring di Saint Petersburg.

Sementara itu di Saint Petersburg, gol sendiri dari penjaga gol dan rembatan Romelu Lukaku cukup untuk memastikan Belgium menang 2-0 dan muncul pasukan ketiga kekal dengan rekod tanpa kalah selepas Itali dan Belanda.

Akibatnya pendatang baharu, Finland berputih mata di tangga ketiga hanya dibezakan perbezaan jaringan dengan Denmark. Finland masih berpeluang layak tetapi agak tipis.

Kumpulan B menyaksikan persaingan sengit untuk tiga pasukan merebut tempat kedua dengan kedudukan akhir hanya ditentukan sehingga minit ke-82. Jaringan Maehle dan Lukaku menjadi pemisah buat semua pasukan.

Dengan keputusan ini, Belgium akan terbang ke Sevilla dan akan berhadapan dengan pasukan tempat ketiga terbaik sama ada dari Kumpulan A,D,E atau F pada 27 Jun ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: