
PASUKAN Austria menamatkan saingan Kumpulan C di kedudukan kedua selepas menewaskan Ukraine 1-0 awal pagi Selasa.
Austria tampil dengan permainan pantas dan menyerang sejak aksi bermula yang menyaksikan Christoph Baumgartner meledak gol pada babak pertama perlawanan (m-21).
GEMMA, vorwärts!
___________
68′ | 🇺🇦0:1🇦🇹 | #UKRAUT #EURO2020 pic.twitter.com/b1Vu5kfAz7— ÖFB – oefb.at (@oefb1904) June 21, 2021
Bagaimana pun percubaan Ukraine untuk mencari gol penyamaan pada babak kedua tidak kesampaian dan perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada skuad Das Team yang dibimbing Franco Foda.
Kemenangan ini sekaligus membawa Austria ke pusingan 16 pasukan terbaik buat kali pertama di pentas saingan Euro ini.

Mereka bakal bertemu Itali pada saingan kalah mati yang bakal bermula 27 Jun ini.
Manakala Ukraine pula masih menunggu sekiranya jumlah tiga mata yang dikutip sebelum ini cukup atau tidak untuk melayakkan mereka ke pusingan seterusnya sebagai pasukan di tempat ketiga.










Add Comment