EURO 2020

Belanda kekal rekod tanpa kalah


Wijnaldum meledak dua gol membantu kemenangan , 3-0 mengatasi North Macedonia.

BELANDA mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tidak berdepan masalah besar untuk menewaskan North Macedonia, 3-0 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan C, Euro 2020 di Johan Cruijff ArenA – Amsterdam sebentar tadi.

Anak didik Frank de Boer yang sudah pun mengesahkan kemaraan kelompok 16 terbaik susulan dua kemenangan terdahu ke atas Ukraine (3-2) dan Austria (2-0) turun pada aksi terakhir dalam usaha mengekalkan rekod tanpa kalah.

Berdepan North Macedonia yang sudah pun tersingkir ke pusingan seterusnya, Belanda diberikan tentangan sengit lawan sebelum Memphis Depay meletakkan Belanda pada separuh masa pertama pada minit ke 24.

Memasuki babak kedua, bekas pemain Liverpool yang kini bersama PSG, Georginio Wijnaldum menambahkan kelebihan jaringan pada minit ke 51 untuk meletakkan pasukan dua gol dihadapan.

Wijnaldum yang juga ketua pasukan Belanda itu sekali lagi mencatatkan nama selaku penjaring ketiga buat pasukan dan kedua peribadi selang tujuh minit kemudian untuk kemenangan mutlak pasukan.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: