EURO 2020

‘Sejujurnya, England mengecewakan saya’


LONDON, ENGLAND - JUNE 18: Jack Grealish of England looks dejected with team mates John Stones, Phil Foden and Tyrone Mings following the UEFA Euro 2020 Championship Group D match between England and Scotland at Wembley Stadium on June 18, 2021 in London, England. (Photo by Matt Dunham - Pool/Getty Images)

SKUAD England dinilai tidak cukup meyakinkan dalam dua penampilan di Euro 2020 kali ini. Bekas jurulatihnya, Fabio Capello mendedahkan dua masalah klasik pasukan Three Lions.

England menang tipis 1-0 atas Croatia pada aksi pertama Kumpulan dan pasukan bimbingan Gareth Southgate itu sekadar seri 0-0 bertemu Scotland pada perlawanan kedua.

Setakat ini, persaingan Kumpulan D masih terbuka untuk semua pasukan. Republik Czech dan England memimpin dengan empat mata, namun Croatia dan Scotland juga masih berpeluang ke Pusingan 16.

“Sejujurnya, England mengecewakan saya. Mereka bermain 20 minit yang fantastik dan kehilangan arah. Saya sudah katakan, jika England beraksi pada bulan September, Oktober, atau November, mereka dapat berlawan dengan siapapun.

“Mereka mulai berdepan kesukaran pada bulan April, dan pada Jun ini, mereka dalam masalah. Setelah dua musim di mana kita praktis bermain berturut-turut tanpa rehat karena pandemik, pasukan ini tidak dalam kondisi yang cergas,” ,” kata Fabio Capello kepada La Gazzetta dello Sport.

England kali ini membawa nama besar seperti yang dipimpin Harry Kane dan pemain lain seperti Jordan Henderson, Raheem Sterling, Jadon Sancho, Phil Foden, Harry Maguire, sehingga Luke Shaw. Namun, masalah klasik itu masih menghantui mereka.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: