EURO 2020

Juara Piala Dunia 2018 hampir ‘terciduk’


Barisan pemain Hungary meraikan kejayaan mengikat Perancis bagi memastikan saingan peringkat kumpulan masih terbuka.

JUARA Piala Dunia 2018, Perancis memilih laluan sukar untuk memastikan kemaraan dalam kelompok 16 terbaik apabila diikat seri 1-1 pada aksi menentang Hungary di Puskas Arena – Budapest, sebentar tadi.

Terdahulu Perancis yang sebelum ini meraih kemenangan mengatasi Jerman, 1-0 seharusnya tidak berdepan masalah meraih tiga mata dalam aksi kedua malam ini namun sebaliknya berlaku apabila anak didik Marco Rossi memberikan tentangan sengit.

Berdepan dengan pasukan ranking ke-37 dunia itu, Hungary mencipta kejutan terbesar kempen Euro 2020 setakat ini dengan kejayaan mengikat juara Piala Dunia 2018.

Fiola meledak gol dipenghujung babak pertama untuk pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kelebihan satu jaringan.

Turun dengan barisan penggempur diketua Karim Benzema, Kylian Mbappe dan Antonio Griezman, Perancis tidak ternyata agresif memburu gol awal bagi memberikan kelebihan buat mereka.

Bermula percubaan dari luar kotak penalti melalui Benzema pada minit ke 14 yang dinafikan penjaga gawang Hungary, Peter Gulacsi, Perancis terus melancarkan serangan memburu gol pendahuluan namun masih gagal.

Seringkali melancarkan serangan dan percubaan ke arah gawang gol Hungary menerusi duo serangan berbahaya mereka diketuai Kylian Mbappe dan Karim Benzema.

Malangnya, kedua-dua penyerang itu menunjukkan penyudah yang tumpul dan gagal menewaskan Gulacsi sepanjang 45 minit permainan.

Keghairan Perancis memburu gol akhirnya membawa padah apabila dihukum melalui serangan balas yang dijelmakan Ronald Sallai disudahkan Attila Fiola dipenghujung masa kecederaan babak pertama untuk kedudukan 1-0.

Memasuki babak kedua, Perancis terus menggandakan serangan memburu gol penyamaan ketika Hungary lebih banyak bertahan memperlihatkan kekebalan benteng dan ketangkasan Gulacsi memastikan impian Perancis menyamakan kedudukan.

Usaha berterusan Perancis memburu gol penyamaan akhirnya terhasil melalui Antonio Griezmann yang memanfaatkan tampanan lemah pertahanan lawan dalam kotak penalti membolehkan pemain berkenaan mudah menolak masuk gawang menewaskan Gulacsi yang merebahkan badan ke posisi yang salah.

Gol tersebut terus menaikkan semangat Perancis untuk memburu gol kedua namun akhirnya terpaksa akur berkongsi mata dengan Hungary selepas keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini meletakkan Perancis selaku peneraju Kumpulan F dengan empat mata selepas dua perlawanan manakala Hungary mengutip satu mata.

Perebutan kelompok dua teratas kumpulan yang dianggap maut ini pastinya berubah dalam tempoh tiga jam lagi selepas apabila Portugal yang sebelum ini menewaskan Hungary, 3-0 bakal berdepan Jerman yang pastinya mahukan kemenangan sulung apabila ditundukkan Perancis 0-1.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: