
KETUA pasukan Sepanyol, Sergio Busquets, kini sudah pulih dari COVID-19 dan kembali ke dalam skuad La Furia Roja. Dia menceritakan kisahnya ketika positif virus Corona.
Busquets disahkan dijangkiti COVID-19 menjelang saingan EURO 2020. Pemain tengah kelab Barcelona itu sebelumnya sempat memimpin Sepanyol pada perlawanan ujian menentang Portugal.
Kesudahannya, Busquets terpaksa menjalani pengasingan diri dan terpisah dari rakan-rakannya. Busquets hanya menjadi penonton ketika Sepanyol bermain aksi sulung bertemu Sweeden pada Selasa.
Khabar gembira diterima Busquets menjelang pertandingan kedua Sepanyol di Euro 2020. Pemain berusia 32 tahun itu dinyatakan negatif COVID-19 dan dapat kembali bergabung ke dalam skuad kebangsaan.
“Kapten pasukan antarabangsa Sepanyol, Sergio Busquets, akan bergabung dengan kem latihan Sepanyol Jumaat ini (semalam) dan akan ikut ke Sevilla selepas negatif Covid-19,” kata kenyataan rasmi bola sepak Sepanyol.
Sementara itu, Busquets tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya untuk dapat kembali bersama Sepanyol.
“Doktor memanggil saya dan dia mengatakan kepadaa saya mengenai soal itu (positif COVID-19). Pada saat tersebut anda merasakan banyak perkara, mulai dari tidak percaya, khuatir dengan apa yang terjadi.
“Saya boleh saja jadi keliru atau tidak. Anda berupaya untuk tetap berfikiran positif, tapi di saat seperti itu sangat sukar. Anda mula berfikir bila anda dapat sembuh, dapat kembali tepat pada waktunya.
“Banyak sekali pertanyaan tak terjawab di kepala anda ketika berada dalam situasi sukar. Saat ketika saya masuk ke dalam ambulans dan pulang ke rumah, saya mengimbas semuanya. Saya seperti tidak mempercayainya,” cerita Busquets, dipetik dari Mundo Deportivo..






Add Comment