EURO 2020

Sepanyol dan Sweden kongsi mata

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

HAJAT Sepanyol mengutip tiga mata penuh tidak kesampaian apabila diikat Sweden 0-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan E UEFA Euro 2020 di Seville.

Sepanyol yang turun sebagai pilihan menguasai hampir 83 peratus permainan di babak pertama tetapi gagal menembusi kubu Sweden yang ampuh bertahan.

Alvaro Morata mensia-siakan peluang keemasan apabila gagal menolak bola ke dalam gol walaupun hanya berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol Sweden, Robin Olsen.

Nasib sama menimpa Sweden apabila percubaan Alexander Isak diselamatkan Marcos Llorente di atas garisan gol untuk memastikan kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan dengan kedudukan kekal tanpa jaringan.

Babak kedua menyaksikan Sweden menambah tekanan kepada Sepanyol dengan beberapa gerakan bahaya terutama dari Isak tetapi masih gagal memecah kebuntuan jaringan.

Beberapa pertukaran pemain dilakukan pengendali Sepanyol, Luis Enrique bagi menambah sengat tetapi masih gagal menghasilkan jaringan ditambah pula dengan Sweden yang bertahan mati-matian.

Peluang terbaik Sepanyol hadir pada minit ke-90 namun tandukan Gerard Moreno dari jarak dekat sekali lagi berjaya dinafikan oleh Olsen yang beraksi cemerlang sekaligus memastikan kedudukan seri tanpa jaringan ini kekal hingga wisel penamat

Keputusan seri ini menjadikan saingan Kumpulan E terbuka luas dengan Slovakia di tangga teratas dengan tiga mata diikuti Sepanyol dan Sweden dengan satu mata dan Poland tanpa sebarang mata.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: