EURO 2020

CR7 sedia ulangi pencapaian


Ronaldo kini bersedia membimbing rakan sepasukan mengekalkan kejuaraan.

KAPTEN Portugal, Cristiano Ronaldo bersedia memimpin pasukannya selaku juara bertahan untuk mengulangi kejayaan apabila memulakan kempen Kumpulan F, Euro 2020 menentang Hungary di Puskas Arena tengah malam ini.

Ronaldo kini bakal muncul pertama beraksi sekurang-kurangnya satu perlawanan di lima Kejuaraan Eropah dan memerlukan lima gol lagi untuk menyamai pencapaian penyerang Iran, Ali Daei dengan 109 gol antarabangsa.

Jelasnya, dia bukan pemain sama seperti 18 tahun, 10 tahun atau lima tahun lalu dan semuanya semakin berubah.

“Saya lebih matang, jika seorang pemain mahu beraksi lebih lama, dia perlu tahu bagaimana menyesuaikan diri.

“Sejak berusia 18 tahun hingga 36 tahun, saya belajar untuk berubah dan menyesuaikan diri serta sentiasa menang secara peribadi dan berpasukan.” katanya.

Pemain berusia tahun itu bersedia mengecewakan penyokong tuan rumah dan ia dianggap perlawanan paling mudah bagi Portugal dalam Kumpulan F yang turut dibarisi Jerman dan juara dunia, Perancis.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: