EURO 2020

Penyerang mana lebih berbisa?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Benzema pastinya menjadi taruhan Perancis mengegarkan gawang Jerman. (Foto : Euro 2020)

PERTEMBUNGAN Jerman dengan Perancis dalam Kumpulan F, Euro 2020 pagi esok pastinya menarik dengan reputasi kedua-dua pasukan yang kini berada dikelompok 12 terbaik dunia.

Selain aksi menarik bakal dipamerkan Perancis yang kini berada di rangking kedua manakala Jerman (12), impak penyerang yang dimiliki kedua-dua pasukan juga tidak dapat dinafikan pada pertembungan di Allianz Arena.

Jerman pastinya mempertaruhkan gandingan  Timo Werner, Leroy Sane, Kai Havertz, Thomas Muller dan Serge Gnabry.

Kelibat dan gandingan Karim Benzema, Antoine Griezmann, Kylian Mbappe dan Olivier Giroud juga dinantikan penyokong Perancis.

Joachim Low tetap yakin peledaknya mampu menghasilkan keputusan positif. (Foto : Euro 2020)

Bagi pengendali Jerman, Joachim Low menegaskan skuadnya turut memiliki pemain berkaliber, seimbang dan gandingan mantap di bahagian serangan.

“Pemain seperti Timo Werner dan Leroy Sane boleh menjadi penentu keputusan perlawanan dan jangan lupa Kai Havertz, Thomas Muller dan Serge Gnabry.

“Saya fikir barisan serangan mereka juga berbisa. Anda tidak boleh terleka ketika menentang Perancis. Mereka semua boleh menjaringkan gol,” jelasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: