EURO 2020

Misi berbeza Sepanyol dan Sweden


Pasukan Sepanyol antara yang menjadi tumpuan. Foto: Getty Image.

JUARA tiga kali, Sepanyol pasti ingin memulakan kempen Euro 2020 mereka kejayaan apabila berdepan Sweden di Sevilla pada pagi Selasa waktu Malaysia.

La Roja cuba untuk menjuarai Kejohanan Eropah buat kali keempat sekaligus menjadikan mereka pasukan paling berjaya dalam sejarah pertandingan, manakala Sweden pula cuba untuk melepasi peringkat kumpulan buat kali pertama sejak kali terakhir melakukannya Euro 2004, yang menyaksikan mereka layak ke suku akhir.

Persiapan skuad kendalian Luis Enrique untuk kempen kali ini sedikit terjejas ekoran kapten, Sergio Busquets dan pertahanan Diego Llorente diuju positif Covid-19 dalam dua ujian berturut-turut.

Sweden pula membuat kemunculan keenam berturut-turut dalam kejohanan ini tetapi gagal melepasi peringkat kumpulan dalam tiga kejohanan terdahulu dan berazam untuk pergi lebih jauh tahun ini.

Pasukan Sweden menjalani latihan akhir sebelum bertemu Sepanyol aksi kumpulan. Foto: AP

Menurut ketua jurulatih, Janne Andersson “berhadapan Sepanyol masih lagi cabaran terbesar dalam dunia bola sepak”, tetapi skuad Biru Kuning yakin mereka mampu memberikan cabaran sepanjang 90 minit perlawanan.

Perlawanan ini pasti akan menjadi sedikit mengelirukan buat Sepanyol kerana skuad Sweden dianggap sebagai ‘dark horses’ kejohanan kali ini. Namun dengan pengalaman yang ada, Sepanyol dijangka akan mengatasi Sweden dengan kemenangan tipis.

Barisan kemungkinan Sepanyol :

Simon; M Llorente, Laporte, P Torres, Alba; Thiago, Rodri, Koke; F Torres, Morata, G Moreno

Barisan kemungkinan Sweden:

Olsen; Lustig, Lindelof, Danielson, Augustinsson; S Larsson, Ekdal, Olsson, Forsberg; Isak, Berg

Ramalan:

Sepanyol 2 – 1 Sweden


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading