
PENGENDALI Scotland, Steve Clarke meletakkan sepenuh kepercayaan kepada barisan pemainnya yang diturunkan menentang Republik Czech dalam Kumpulan D, Euro 2020 do Stadium Hampden Park, Glasgow, malam ini.
Menyifatkan lawan yang bakal ditentangnya malam ini pasukan yang hebat, Clarke mengharapkan pemain mereka turun dengan semangat memburu kejayaan buat negara.
“Siapa yang bakal diturunkan malam ini adalah yang terbaik, sebagai pengurus mahu pun jurulatih ini adalah perkara besar yang perlu dilakukan.
“Saya cukup tenang dan mempercayai kemampuan barisan pemain,” tegasnya.
Sementara itu rakan sejawatnya dari Republik Czech, Jaroslav Silhavy pula mahu pemainnya memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang perlawanan seandainnya ingin meraih tiga mata penuh.
“Kami tahu apa yang diharapkan, satu lawan satu memang sukar, kami percaya lawan akan mempamerkan corak permainan agresif dan kami telah bersedia dari segi taktikal,” jelasnya.

Perlawanan malam ini akan diadili Daniel Siebert (Jerman) dengan dibantu Jan Seidel, Rafael Foltyn (Jerman) manakala Marco Fritz (Jerman) bertindak sebagai pengadil (VAR).
Berdasarkan empat rekod pertembungan kedua-dua pasukan sebelum ini, ia nyata memihak Republik Czech dengan tiga kemenangan dan satu seri.
> Barisan kemungkinan
Scotland (Marshall; Hendry, Hanley, Tierney; O’Donnell, McTominay, McGregor, McGinn, Robertson; Dykes, Adams)
Republik Czech ( Vaclík; Coufal, ?el?stka, Kalas, Bo?il; Sou?ek, Král; Masopust, Darida, Jankto; Schick)







Add Comment