Bola Sepak Semasa Terkini

Ini punca Syahmi Safari tidak dapat hadir lapor diri ke latihan Harimau Malaya… Salam takziah!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: SURYATI MOHD NOR

MUHAMMAD Syahmi Safari berdepan dengan dugaan cukup besar selepas kematian anak perempuannya yang baharu lahir Jumaat lalu.

Semalam (Ahad) ketua jurulatih negara Tan Cheng Hoe memberitahu pemain pertahanan Selangor FC itu mungkin akan melaporkan diri bersama skuad negara lewat sehari kerana ada urusan keluarga.

Pemain kelahiran Kuala Selangor itu memuatnaik beberapa status di ‘Instagram Story’ mengenai kehilangan anak perempuannya yang diberi nama Selma Rose Nayla Muhammad Syahmi.

Salah satu status adalah dari isterinya sendiri, Byla Nafissah diungkap:

“Masa baby dalam perut dia takde bagi sakit dekat mommy dia pun. Time nak bersalin baru rasa sakit kejap. Tu pun tengah push baby dah keluar separuh kita boleh tertidur 2 kalisebab penat tak reti nak push lagi dah. Alhamdullilah 14.5.2021, 10.27 pm baby dah selamat keluar. Tapi baby dah main dekat taman syurga”.

Syahmi,23, dan pasangannya mendirikan rumahtangga pada 2019.

Biarpun berdepan dengan ujian besar kehilangan anak sulungnya, diharap Syahmi akan bangkit dan memberi persembahan terbaik untuk negara dalam misi menghadapi baki saingan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bakal diadakan secara karnival di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun ini.

Skuad Harimau Malaya mula menjalani latihan di Stadium Bukit Jalil selama empat hari sebelum terbang ke Dubai 20 Mei ini.

Mereka bakal memulakan aksi pemanas badan dengan dua perlawanan persahabatan bertemu Kuwait (23 Mei) dan Bahrain pada 28 Mei ini.

Seterusnya menghadapi perlawanan penting bertemu UAE pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: