Bola Sepak

Hampir setahun berlalu… kini Syahmi dan isteri timang cahaya mata kembar tiga


Syahmi berpindah ke JDT dari Selangor FC musim ini. Foto: IG Syahmi

HAMPIR setahun kehilangan anak sulung perempuan ketika lahir, kini Muhammad Syahmi Safari dan isterinya dikurniakan kembali kegembiraan menyambut cahaya mata.

Pada Mei tahun lalu, Syahmi dipanggil ke skuad Harimau Malaya bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan hati ‘gundah gulana’ selepas kehilangan anak sulungnya sebaik sahaja dilahirkan.

Syahmi tiba lewat sehari ke pusat latihan kebangsaan selepas menyelesaikan pengebumian bayi yang diberi nama Selma Rose Nayla Muhammad Syahmi.

Itu kisah sedih Syahmi dan isterinya yang dikenali Nabilah Nafissah tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini punca Syahmi Safari tidak dapat hadir lapor diri ke latihan Harimau Malaya… Salam takziah!

Sebaliknya, kesedihan pasangan muda ini digantikan dengan kebahagian penuh bermakna apabila dikhabarkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) menimang cahaya mata kembar tiga dan telah memohon pengecualian daripada menyertai skuad kebangsaan yang bermula pada Isnin (14 Mac).

Memahami situasi Syahmi, pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi pengecualian kepada pemain bek kanan ini.

Perkongsian Instastory Syahmi pada Ahad.

Apa yang pasti, bukan mudah buat Syahmi untuk mengorbankan panggilan negara, namun dia memilih untuk bersama keluarga bagi menyambut kehadiran tiga cahaya mata yang memberi seribu makna buat diri dan isterinya.

Tahniah Syahmi dan isteri.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: