Bola Sepak Semasa Terkini

Arkitek terbaik Malaysia bakal sertai MUFC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Safiq pernah menabur bakti bersama Melaka pada musim 2019-2020.

Oleh : Subkhi Sudarji

BEKAS ketua pasukan Harimau Malaya dan Melaka, Safiq Rahim dikhabarkan bakal kembali bergabung dengan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan bagi mengharungi baki saingan pusingan kedua Liga Malaysia 2021.

Menyertai Melaka pada musim 2019 dan 2020, khidmat Safiq yang beraksi sebagai perancang pasukan sememangnya tidak dinafikan dan dianggap antara arkitek terbaik dalam Liga Malaysia.

Menabur bakti hampir dua musim bersama Skuad Hang Tuah sebelum berehat seketika, Safiq akhirnya kembali beraksi diatas padang apabila menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) awal tahun ini.

Safiq, Hazwan Bakri, De Paula antara beberapa pemain JDT yang menjadi topik bualan peminat bola sepak tempatan bakal dipinjamkan pada jendela perpindahan pertengahan musim 2021.

Untuk rekod, Pengarah Teknikal Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Alistair Edwards dalam satu kenyataan rasmi pada 8 Mei lalu melalui laman sosial kelab menyatakan bahawa mereka akan meminjamkan pemain-pemain ke beberapa buah kelab dalam saingan Liga Super.

Menurut kenyataan itu, empat buah kelab dalam saingan Liga Super Malaysia yang akan menjadi destinasi pemain-pemain itu nanti adalah Melaka United, Sri Pahang, Sabah dan juga UiTM.

Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Melaka United, Datuk Saiful Mat Sapri berkata, perbincangan mengenai beberapa pemain dari luar kini sedang berjalan lancar dan bakal dimuktamadkan selewat-lewatnya minggu ini.

“Masih berunding dengan JDT, selepas segalanya selesai kami akan membuat sidang akhbar mengenai perkara ini termasuklah dua pemain import baharu dari Brazil.

“Begitu juga kedudukan Zainal selaku ketua jurulatih akan kita muktamadkan dalam mesyuarat pengurusan,” katanya kepada CAKAPSUKAN, sebentar tadi.

Diminta mengulas kemungkinan kehadiran Safiq Rahim bersama pasukan, Saiful yang antara CEO paling mesra dengan media tidak menolak kemungkinan kehadiran pemain berpengalaman itu.

“Apa yang saya boleh kongsikan pemain berkenaan beraksi selaku pemain tengah,” tegasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: