Basikal

Azizulhasni kembali ke puncak dunia


JAGUH berbasikal negara, Azizulhasni Awang kembali ke puncak dunia berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan hari ini.

Dia muncul nombor satu bagi acara pecut dan pelumba kedua terbaik dunia bagi kategori keirin.

“Saya rasa gembira dengan berita ranking semasa ini. Sudah tentu ianya menjadi motivational boost buat saya didalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo, Ogos nanti.

“Bagi saya, ianya juga adalah berita gembira buat arena sukan negara kita juga, diharap ianya sedikit sebanyak menjadi sumber inspirasi buat atlet-atlet muda di tanah air kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Jelas pelumba yang mendapat gelaran The Pocket Rocketman itu, dirinya juga berharap rakyat Malaysia akan terus mendoakan agar segala persiapan berjalan lancar dan memenangi pingat Emas di Sukan Olimpik Tokyo nanti.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: