Basikal Terkini

Ifedayo hampir pasti kuota Asia


Ifedayo bakal mengisi kouta Asia seandainya permohonan yang dikemukakan kepada MFL diluluskan. (Foto : SelangorFC)

EKSLUSIF  Oleh : SUBKHI SUDARJI

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan sudah menerima permohonan dari Kelab Bolasepak Selangor (Selangor FC) berhubung permohonan pendaftaran pemain importnya, Ifedayo Olusegun bagi kouta Asia untuk saingan Liga Malaysia 2021.

Ketika ini pemain yang dinobatkan selaku penjaring terbanyak Liga Super 2020 dengan 12 jaringan dan penerima Kasut Emas itu didaftarkan sebagai pemain import kelahiran Nigeria namun telah mendapat taraf kerakyatan Bahrain.

Dato’ Ab Ghani Hassan

 

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata kepada CAKAPSUKAN, surat permohonan telah diterima dari Selangor FC dan telah dipanjangkan kepada pihak Kedutaan Bahrain di Malaysia.

“Selangor FC mengemukakan permohonan kepada kita menyatakan hasrat ingin mendaftarkan Ifedayo bagi kouta Asia awal bulan lalu dan kita menyemak segala dokumen berkaitan termasuklah pasport yang dikemukakan.

“MFL telah menghantar segala dokumen ini kepada Kedutaan Bahrain di Malaysia bagi pengesahan untuk membuktikan Ifedayo merupakan rakyat Bahrain dan bukannya Nigeria.

“Pengesahan dari Kedutaan Bahrain ini amat perlu dan penting bagi mengelakkan masalah kemudian hari berhubung kerakyatan yang dimiliki Ifedayo,” jelasnya.

Abd Ghani turut memaklumkan, Selangor FC telah dimaklumkan tentang perkembangan permohonan dikemukakan dan mereka memahaminya.

“Kami sentiasa berhubung dengan Kedutaan Bahrain untuk mendapatkan status terkini permohonan,” jelasnya.

Untuk rekod Ifedayo mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada 2017 dengan menyertai Felda United sebelum beraksi dengan kelab Al-Hidd yang beraksi dalam Liga Bahrain (2018) dan kembali semula ke Malaysia membarisi Felda United FC (2018).

Pada tahun berikutnya, penyerang ini kembali semula beraksi dengan kelab Al-Hidd dan dibawa masuk memperkuatkan Melaka United. Dia sekali lagi beraksi dalam saingan Liga Bahrain bersama kelab Al-Riffa (2019) sebelum menyarung jersi Selangor FA pada 2019.

Tim Heubach

 

Untuk rekod sehingga kini Selangor FC telah membawa masuk dua pemain import baru kelahiran Jerman iaitu pertahanan tinggi lampai Tim Heubach dan pemain tengah Switzerland, Oliver Buff serta mengekalkan Ifedayo.

Selangor FC juga telah mengekalkan pemain kelahiran Singapura, Safuwan Baharudin bagi kouta (Asean)  manakala Ifedayo buat masa ini didaftarkan sebagai pemain import.

Oliver Buff

 

Seandainya Ifedayo disahkan kerakyataan Bahrain dia bakal didaftarkan sebagai kouta Asia dan Selangor FC memiliki satu kekosongan pendaftaran bagi pemain import yang dijadualkan ditutup penghujung bulan ini.

Jika berlakunya kesilapan teknikal yang menghalang Ifedayo didaftarkan bagi kouta Asia dia tetap akan bersama Selangor FC selaku pemain import namun Selangor FC terpaksa mencari pemain import bagi kouta Asia.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: