Bola Sepak Semasa Terkini

Apek kekal bersama MUFC sehingga 2022


Apek menjadi pilihan utama membarisi pasukan dalam saingan musim lalu.

KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) mengesahkan penjaga gawangnya, Khairul Fahmi Che Mat akan terus bersama pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia sehingga musim 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, bekas pemain kebangsaan itu telah mengikat perjanjian bersama pasukan bagi tempoh dua tahun akan datang.

“Apek (Khairul Fahmi) akn terus bersama Melaka United FC. Dia telah pun menandatangani kontrak bagi tempoh dua tahun.

“Keserasiannya bersama rakan sepasukan sebelum ini dan pengalaman diperingkat luar ditagih untuk terus membantu pasukan meraih kejayaan pada masa akan datang,” jelasnya.

Khidmat penjaga gawang kelahiran Kelantan ini yang memperkuatkan pasukan MU musim lalu hangat diperkatakan dalam media sosial kemungkinan bakal berhijrah ke pasukan lain musim ini.

Menyertai Melaka United FC selepas menabur bakti bersama pasukan kelahirannya bermula 2009 hingga 2018, Apek kemudiannya berhijrah ke Melaka United pada 2019 dan menjadi pilihan utama untuk mengawal benteng terakhir pasukan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: