Bola Sepak Terkini

PBNP perlu jelaskan denda dalam tempoh 45 hari


Stuart Ramalingam

SUBKHI SUDARJI

PERSATUAN Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) perlu menjelaskan bayaran denda yang diarahkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam tempoh 45 hari bagi mengelak dikenakan hukuman tidak boleh mengikat pemain baharu pada jendela perpindahan akan datang.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata kepada CAKAPSUKAN,  pihaknya menerima salinan keputusan itu yang dihantar FIFA kepada PBNP pada dua hari lalu.

“Mereka ada 45 hari bukan dari tarikh keputusan, tapi pihak Sumareh kena keluarkan notis butiran akaun bank kepada Pahang, selepas itu baru 45 hari itu bermula.

Stuart turut memaklumkan, jika tiada bayaran dalam tempoh yang ditetapkan perkara ini akan dibawa ke bahagian tatatertib FIFA.
“Saya ada juga baca mengenai hukuman tolak mata, tapi keputusan tolak mata itu hanya selepas ia ke tatatertib.
“Tapi pada masa yang sama perkara ini buat rayuan mengikut beberapa langkah iaitu dalam tempoh 10 hari daripada notis keputusan, pihak Pahang kena minta terma-terma keputusan.
“Selepas itu Pahang boleh buat rayuan ke CAS (Mahkamah Timbang Tara Sukan). Bagaimanapun, jika tidak meminta ‘grounds of decision’, FIFA menganggap PBNP setuju dengan keputusan dan tidak boleh dirayu,” ujarnya.
Terdahulu, FIFA mengarahkan PBNP membayar US$1.2 juta (kira-kira RM4.9 juta) kepada bekas pemainnya, Mohamadou Sumareh selepas pemain naturalisasi negara itu membawa kes berkenaan ke pengetahuan FIFA apabila Jawatankuasa Tatatertib PBNP mengenakan hukuman gantung dua tahun keatasnya.

 

 

 

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: