
BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh dari basikal ketika sedang melakukan aktiviti riadah berbasikal bersama rakan, awal pagi tadi.
Difahamkan kejadian berlaku ketika Khairy Jamaluddin (KJ) yang kini merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam perjalanan pulang dari laluan Rimbayu (Kota Kemuning)-Morib -Rimbayu (70 kilometer).
“Ketika dalam perjalanan pulang dan hampir sampai lima kilometer dari lokasi permulaan, Khairy gagal mengelak laluan yang berlopak menyebabkan dia terjatuh.
“KJ hanya mengalami sedikit kecederaan dan keadaannya tidak membimbangkan,” jelas salah seorang kenalannya.






Add Comment