Antarabangsa Bola Sepak Semasa

Detik kebangkitan Gunners


Lacazette membuka tirai jaringan menerusi penalti sebelum Granit Xhaka meledak gol kedua pada babak pertama.

KEJAYAAN menewaskan Chelsea, 3-1 awal pagi tadi bakal menjadi detik kebangkitan Arsenal yang sebelum itu hanya dibezakan tiga mata untuk berada dalam dikelompok zon penyingkiran.

Pengendali The Gunners,  Mikel Arteta berkata, kemenangan ini yang cukup penting bagi kami selepas sangat kecewa dengan keputusan sebelum ini.

“Pemain dan peminat menderita dan hari ini adalah hari yang sangat istimewa. Tidak ada yang lebih baik daripada kemenangan ini, bermain dalam aksi Boxing Day, bermain dalam perlawanan tetangga London di Emirates dan mencapai kemenangan.

” Keputusan ini diharapkan akan menjadi titip perubahan dan meningkatkan tahap keyakinan pasukan. Saya tahu mereka boleh bermain pada tahap seperti ini,” ujarnya.

Pada perlawanan di Stadium Emirats itu, Alexandre Lacazette membuka tirai jaringan menerusi penalti sebelum Granit Xhaka meledak gol kedua bagi membolehkan Arsenal mendahului 2-0 sebelum tamat babak pertama.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: