Uncategorized

Selepas Arteta, giliran Hudson-Odoi pulih dari Covid-19

KHABAR baik untuk pemain muda Chelsea, Callum Hudson-Odoi dan juga peminat Liga Perdana Inggeris (EPL).

Laporan terkini mendedahkan kondisinya sudah semakin baik selepas disahkan positif Covid-19 baru-baru ini

Dia menjadi pemain kedua yang dinyatakan positif selepas pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Sebaik mengetahui perkembangan ini, pasukan Chelsea terus melakukan tindakan sewajarnya bagi mengekang virus Covif-19.

Kelab yang terkenal dengan jolokan The Blues itu segera melakukan pemeriksaan ke atas seluruh pemain dan menutup tempat latihan untuk dikuarantin.

Laman web rasmi kelab memberitahu, kesihatan Hudson-Odoi semakin baik sepanjang tempoh pengasingan dan mula berlatih di rumah.

“Kami senang dengan laporan bahawa Callum Hudson-Odoi sekarang yang sudah berasa lebih baik dan kembali kepada dirinya seperti biasa dalam masa pengasingan yang diperlukan.

“Sebagai tambahan ke atas kondisinya yang semakin baik, pemain sayap muda itu juga sedang berlatih keras di rumahnya bagi mengekalkan kecergasan, seperti skuad Chelsea yang lain,” kata kenyataan Chelseafc.com itu.

Arteta juga pulih Covid-19

Perkhabaran ini hadir beberapa hari selepas pengurus The Gunners, Arteta dinyatakan telah sembuh dari virus Covid-19.

Walaupun belum diketahui sama ada benar atau tidak, lelaki asal Sepanyol itu bakal kembali bekerja tidak lama lagi.

Arsenal difahamkan telah mengadakan sesi latihan pada hari Selasa (24/3/2020) waktu setempat.

Namun, mereka membatalkan niat tersebut kerana melihat ia bukanlah waktu yang tepat untuk itu menjalankan rutin latihan.

Malahan, pertandingan EPL sendiri masih ditunda. Sebelum itu, pihak FA England melanjutkan tempoh penangguhan perlawanan sehingga 30 April 2020.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: