Uncategorized

Covid-19 : Final Liga Juara-Juara dan Liga Europa ditunda


Badan induk bola sepak Eropah (UEFA) secara rasmi mengumumkan penundaan perlawanan final Liga Juara-Juara dan Liga Europa musim 2019-20 ini kerana wabak virus Covid-19.

Wabak virus Covid-19 yang kini menjadi pandemi global memberikan kesan terhadap aktiviti sukan dunia termasuklah bola sepak.

Hampir semua liga utama di dunia kini terpaksa dihentikan akibat situasi ini.

Ia termasuklah penundaan Liga Juara-Juara dan Liga Europa yang kini memasuki babak Pusingan 16.

Belum ada tarikh baharu

Sepatutnya, aksi final Liga Europa musim ini bakal diadakan di Gdansk, Poland pada 27 Mei 2020.

Tiga hari berselang, pertembungan Liga Juara-Juara pula dijadualkan berlangsung di Istanbul, Turki.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan UEFA malam tadi.

Namun, semalam laman web mereka, UEFA mengumumkan bahawa kejohanan final dua perlawanan tersebut secara rasmi ditunda.

Penundaan juga melibatkan perlawanan Liga Juara-Juara Wanita.

UEFA turut menyatakan sehingga kini pihaknya belum boleh menentukan tarikh baharu atau ganti bagi ketiga-tiga perlawanan final tersebut.

Dalam pertemuan melalui sidang video beberapa hari lalu, kelab-kelab Eropah menyatakan kesepakatan untuk mengakhiri liga mereka pada akhir bulan Jun depan.

Namun begitu, penundaan liga ini dijangka memberikan kesan besar kepada jadual perpindahan pemain musim panas serta awal musim depan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: