Covid-19 : Pahang Rangers tetap ghairah

Scroll down to content

SELEPAS merekrut pemain berkualiti, membuat persiapan rapi dengan latihan intensif dan perlawanan persahabatan berprofil tinggi sepanjang pra-musim, Pahang Rangers membuka tirai Malaysia Premier Futsal League 2020 dengan cukup bergaya.

Skuad bimbingan Gerard Casas itu melakar kemenangan 9-1 ke atas pasukan pendatang baru, Sarawak di Stadium Tertutup SUKPA pada 14 Mac lalu sekaligus melaungkan amaran awal akan kredibiliti dan kesungguhan mereka untuk merampas kejuaraan MPFL dari Selangor.

Bagaimanapun, selepas perlawanan pertama itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan semua pertandingan di bawah kelolaan mereka ditangguhkan ke satu tarikh yang belum pasti susulan penularan wabak Covid-19, menyaksikan momentum yang tercipta gagal diteruskan.

Mengikut jadual, Pahang Rangers sepatutnya beraksi tiga lagi perlawanan pada bulan Mac iaitu menentang Kedah (21 Mac); Kelantan (25 Mac) dan Perak (29 Mac).

“Kami telah mengharungi pra-musim yang baik dan moral dalam kalangan pemain juga cukup bagus selepas kemenangan besar ke atas Sarawak. Pemain-pemain teruja mahu meneruskan rentak kemenangan tetapi ketika ini bukan sahaja kita, tetapi seluruh dunia sedang melalui fasa sukar.

“Sudah tentu minggu-minggu yang mendatang juga akan menjadi cukup sukar buat kami kerana ita tidak tahu sehingga bila ia (penangguhan liga) akan berterusan tetapi buat masa ini tiada apa yang lebih besar daripada kesihatan dan keselamatan. Saya percaya apabila ‘mimpi ngeri’ ini berakhir, kami akan lebih bekerja keras untuk memantapkan pasukan dari aspek fizikal dan mental.

“Kita akan menyambung semula impian, impian untuk memenangi kejuaraan. Ia tidak pernah sesekali pudar dalam diri setiap pemain, saya percaya kita akan tampil sebagai sebuah pasukan yang lebih kuat selepas ‘cuti panjang’ ini,” ujar Gerard yang mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih Pahang Rangers bermula musim ini.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu bagaimanapun menjelaskan ‘cuti panjang’ tidak bermakna pemain-pemainnya boleh ponteng latihan dan mereka telah diberikan program latihan untuk diikuti oleh jurulatih kecergasan, Marta Cordero.

“Ia adalah program latihan tanpa peralatan bagi tempoh dua minggu sehingga 31 Mac, Marta akan sentiasa mengemaskini dan mendapatkan laporan daripada para pemain. Saya gembira dengan komitmen yang mereka tunjukkan, mereka tetap bekerja keras walaupun dalam situasi ini, saya berharap keadaan akan segera pulih seperti sediakala dan kami akan dapat berkumpul semula.

“Apa yang penting buat masa ini, kepada semua pemain, patuhi arahan yang telah dikeluarkan, semuanya untuk kebaikan kita bersama. Duduk rumah, jaga diri, jaga keluarga, dalam masa sama kekal cergas, bersama-sama kita bantu cegah Covid-19,” ujar Gerard.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: