Uncategorized

Covid-19 : Morales bimbangkan keluarga di Colombia


Morales akui agak sukar berjauhan dengan keluarga.

PENJARING terbanyak Melaka United, Romel Morales mengakui agak sukar untuk berjauhan daripada keluarga tersayang pada saat getir dengan penularan wabak COVID-19 ini apatah lagi saingan Liga Malaysia juga masih ditangguhkan.

Jelas Morales, dia bukan sahaja rindukan keluarga malah turut risaukan keadaan mereka yang berada di Colombia ketika ini sambil mengharapkan semua dalam keadaan sihat kerana belum pernah menghadapi situasi yang sukar seperti ini tanpa keluarga di sisi.

Bagaimanapun, bekas tonggak utama PKNS FC ini memahami garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) di mana salah satunya adalah dengan tidak membenarkan pemain import ke luar negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan kini hanya kekal berada di Melaka bersama rakan sepasukan lain.

“Saya rasa apa yang telah diperintahkan oleh pihak Kerajaan Malaysia sekarang adalah betul demi kebaikan semua pihak untuk kita tidak keluar ke mana-mana dan duduk di rumah dalam tempoh ini.

“Kesihatan menjadi perkara paling penting sekarang dan tugas kita adalah untuk menjaga kesihatan dan mengambil berat mengenai orang lain juga.

“Untuk itu, saya terima apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga walaupun sebenarnya memang sangat sukar tidak dapat bersama mereka dalam keadaan membimbangkan sekarang.

“Tetapi, saya kuat demi mereka dan memang sekarang hanya berada di rumah sahaja selain berharap semuanya akan kembali pulih dengan segera”, katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d