Azizulhasni raih gangsa di Berlin

Scroll down to content

“Ini adalah pingat ke-6 saya di Kejohanan Dunia. Walaupun saya turun beraksi di final Keirin hari ini dengan fokus untuk mendapatkan jersi pelangi, tetapi buat masa ini saya bersyukur dengan pencapaian gangsa.”

Itu kata jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang yang dipetik dalam Facebook rasminya di Berlin, Jerman pagi tadi.

Emas dalam perlumbaan itu diraih pelumba Belanda, Harrie Levreysen yang melintasi garisan penamat dengan catatan masa 9.861 saat.

Pelumba Jepun, Yuta Wakimoto pula menduduki tempat kedua.

Bercerita mengenai perlumbaan sebentar tadi, The Pocket Rocketman berkata, tiga kali dia dapat draw tempat pertama (paling hadapan) masa perlumbaan bermula.

“Secara taktikalnya tidak menyebelahi gaya kayuhan saya. Di final, perancangan awal saya dan pasukan adalah untuk mendapatkan posisi terbaik sebelum pecutan bermula, tetapi semua perlumba menunggu di belakang.

“Apabila perlumbaan memasuki ke pusingan kedua terakhir, saya cuba memecut kehadapan apabila melihat ada pergerakan dari belakang. Namun saya terkepung dan selepas itu berhimpit pula dengan pelumba dari Britain yang merencatkan kayuhan dan ‘speed’ saya ketika itu.

“Saya melihat ada dua pelumba telah berada dihadapan dan saya cuba mengejar dan menunggu waktu yang sesuai untuk memotong,” ujarnya.

Tetapi, malangnya, kata Azizulhasni sekali lagi dia di himpit pada selekoh terakhir apabila cuba memotong dan terpaksa akur dengan pingat gangsa.

“Saya dan pasukan masih percaya kami berada di landasan yang betul berdasarkan corak kayuhan dan ‘timing’ ketika perlumbaan hari ini. Sudah tentu masih banyak ‘improvement’ yang kami boleh lakukan dengan baki lebih kurang enam bulan sebelum Tokyo Olimpik bermula. Saya juga percaya ini semua perancangan Allah SWT yang menangguh kemenangan saya disini.

“Saya bayangkan kalau saya menang hari ini, tekanan di Olimpik nanti sudah tentu berlipat kali ganda. Saya juga berharap kejayaan kecil saya di bumi Jerman ini, akan menyatu padukan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan padu kepadanya dan pasukan berbasikal Malaysia.

“Sokongan dari anda semua amatlah saya hargai. I love you MALAYSIA,” tulisnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: