Uncategorized

PFAM lancar kempen bantu Saiful Amar Sudar

Saiful Amar Sudar merupakan seorang penjaga gol yang tidak asing lagi dalam kancah bola sepak di negara kita.

Memulakan aksi profesional bersama pasukan Kuala Lumpur pada 2003, kemudian bersama pasukan PKNS FC (2009-2010), Selangor (2011), Sarawak (2012-2013), Kedah (2014), PDRM (2015), Perlis (2016), dan Negeri Sembilan (2017-2019)

Namun kini beliau tidak dapat meneruskan karier kerana mengalami ketumbuhan tumor di bahagian kiri otak dan pada minggu lepas telah dijalankan satu pembedahan bagi membuang tumor tersebut di PPUM, Kuala Lumpur.

Namun kos rawatan susulan yang perlu dibayar oleh saudara Saiful amat tinggi memandangkan wang yang ada telah digunakan untuk membayar kos pembedahan sebelum ni sebanyak RM12,000.

Tambahan pula, kos bagi rawatan susulan yang dijangka mengambil masa setahun mencecah RM 18,000

Hari ini, Presiden PFAM Safee Sali dan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM I,zham Ismail datang ke PPUM untuk melawat saudara Saiful. Pada masa yang juga, Safee turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Saiful.

“Kami di PFA Malaysia menyeru kepada semua warganegara yang perihatin supaya membantu saudara Saiful menerusi kutipan derma melalui nombor akaun CIMB 7002817413 (SAIFUL AMAR SUDAR).

“Semoga dengan usaha ini saudara Saiful kembali sihat seperti sediakala dan beraksi dalam saingan kancah bola sepak tempatan,” kata kenyataan PFAM.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: