Uncategorized

Yusri hormati kemampuan KL

Yusri mengendali sesi latihan terakhir pasukan, petang semalam, sebelum bertemu Kuala Lumpur pada aksi pertama Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah menghormati kemampuan Kuala Lumpur menjelang perlawanan pembuka tirai saingan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Yusri jelas mengambil pendekatan merendah diri apabila tidak mahu memperkecilkan keupayaan skuad warga kota memandangkan ia merupakan aksi pertama bagi kedua-dua pasukan, pada musim ini.

Apatah lagi Kuala Lumpur pernah mendapat sentuhannya dalam kempen Liga Super musim lalu sebelum pengendali berasal dari Perlis itu menamatkan khidmat lebih awal susulan prestasi buruk pasukan itu dalam lima perlawanan awal.

“KL (Kuala Lumpur) sebuah pasukan yang cukup hebat jika dilihat kepada persiapan pra musim mereka.

“Saya tidak pandang mudah (pertemuan ini) walaupun KL adalah bekas pasukan (kendalian) saya sebelum ini,” katanya kepada Cakap Sukan.

Menurut Yusri, walaupun dia pernah menyumbang khidmat bersama skuad The Hawks namun situasi sekarang sudah berbeza selepas memilih kembali menabur bakti bersama Kelantan, sejak pertengahan musim lalu.

“Saya perlu memikul tanggungjawab dengan majikan baru dan saya harap pemain dapat lakukan lebih baik kerana kita boleh lihat semua pasukan dalam Liga Premier tidak boleh dipandang mudah,” katanya.

Jelasnya lagi, kemenangan dalam perlawanan pertama juga amat penting bagi memastikan misi Kelantan dalam kempen liga musim ini mencapai sasaran.

“Kita perlu berusaha lebih gigih kerana untuk mencapai sasaran dua tangga teratas agak sukar tanpa usaha semua pihak,” ujarnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: