Kelantan terus kekal rekod bersih

Scroll down to content
Manzini menyempurnakan sepakan penalti ketika membantu Kelantan menumpaskan Perak II 2-0 pada aksi persahabatan di Kota Bharu, malam tadi. FOTO: KELANTAN FA

Kelantan mengekalkan rekod bersih sepanjang persiapan pra musim ketika ini setelah menundukkan Perak II 2-0 pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Satu gol sumbangan penyerang import, Rhulani Manzini dan Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam babak berbeza sudah memadai buat skuad bimbingan Yusri Che Lah menceriakan lebih 2,000 penyokong setia mereka.

Peluang terbaik tuan rumah hadir seawal minit ke-11 tetapi Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang melepasi perangkap ofsaid gagal menewaskan penjaga gol lawan Muhd Farhan Abd Majid.

Minit ke-20, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti setelah Mohd Nazrin Nawi dikasari dan Manzini tidak berdepan masalah merembat masuk untuk meletakkan pasukannya mendahului 1-0.

Perak II yang dilihat lebih banyak diasak sepanjang babak pertama bagaimanapun berjaya mencipta peluang pertama mereka namun percubaan Hamizul Izaidi Zulkifli tersasar pada minit ke-37.

Pelawat sekali lagi mengasak tetapi tandukan pertahanan import mereka, Tarik Isic hasil sepakan percuma Sacha Petshi gagal menepati sasaran, enam.minit kemudian.

Bersambung babak berikutnya, kedua-dua pasukan menyajikan corak permainan agresif apabila masing-masing saling berbalas serangan.

Menerusi satu serangan balas pada minit ke-54, Kelantan akhirnya berjaya menjarakkan kedudukan 2-0 apabila Nik Akif Syahiran mudah menolak masuk ketika gawang ternganga luas hasil lorongan Manzini.

Pelawat yang kembali mengimbangi rentak permainan berpeluang merapatkan jurang namun tampanan kurang kemas pemain gantian, Muhd Amin Kharnain didalam kotak penalti menyaksikan bola tersasar daripada pintu gol, pada minit ke-75.

Skuad kendalian Abu Bakar Fadzim memperoleh dua peluang terbaik pada minit ke-86 namun percubaan Bruno Bezerra dan Warlei de Paula masih gagal menghasilkan jaringan dan keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: