Antarabangsa Bola Sepak Terkini

Piala Asia 2027 – Terima kasih PM dan Kerajaan Malaysia

Sebagai pemudah cara dalam urusan dokumentasi pemain-pemain warisan baharu.

 

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Malaysia atas bantuan dan sokongan penuh beliau buat pasukan bola sepak kebangsaan, sekali gus membawa kepada kejayaan skuad Harimau Malaya mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Selain bantuan kewangan menerusi peruntukan khas kepada skuad Harimau Malaya, Kerajaan Malaysia turut banyak membantu sebagai pemudah cara dalam urusan dokumentasi pemain-pemain warisan baharu sehingga mereka lulus untuk turun beraksi pada perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2027 Arab Saudi itu.

Sokongan penuh daripada kepimpinan tertinggi negara ini serta para penyokong diharap akan berterusan bagi memastikan prestasi skuad Harimau Malaya terus meningkat pada aksi-aksi antarabangsa yang akan datang untuk menjadi salah satu pasukan gergasi di rantau Asia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading