Terkini

Yakult meriahkan Hari Sukan Negara 2024 dengan Cabaran Lompat Tali

Pada acara yang berlangsung semalam, seramai 500 orang peserta telah menyertai bengkel ini serta cabaran lompat tali yang dibahagiakan kepada beberapa kategori yang berbeza.

Sebahagian peserta yang memeriahkan cabaran sempena Hari Sukan Negara 2024.

PENGELUAR minuman probiotik, Yakult Malaysia dengan kerjasama Persatuan Lompat Tali Malaysia menaja acara Cabaran Lompat Tali bersempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Putrajaya, hari ini.

Program ini telah dilangsungkan di di Dewan Melati, Putrajaya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan bersukan dan menggalakan komuniti untuk aktif bersukan demi kesihatan badan.

Pengurus Kanan Yakult Malaysia,Lim Siew Ling berkata, program Cabaran Lompat Tali ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu Perubatan Pencegahan di mana konsep pencegahan dimana Yakult percaya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati dan penjagaan kesihatan usus yang baik akan dapat menjamin kesihatan yang berpanjangan

“Yakult sangat menyokong segala program dan aktiviti yang dapat meningkatkan fungsi usus yang baik seperti bermain lompat tali ini dapat meningkatkan kesihatan fizikal dengan memperbaiki peredaran darah, melancarkan fungsi usus, serta menguatkan koordinasi badan dan keseimbangan.

Siew Ling memaklumkan program Cabaran Lompat Tali ini adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult

“Bagi memeriahkan suasana Hari Sukan Negara ini, kami menyediakan sampel produk kepada peserta dan penonton, sambil menekankan manfaat pengambilan Yakult. Selain itu, kami denganbangga menaja piala pusingan untuk semua pemenang teratas dalam setiap kategori, serta menyediakan beg cenderahati.

“Melalui kerjasama dengan penganjur acara, kami turut membantu mempromosikan gaya hidup yang aktif dan sihat. Matlamat kami adalah untuk melibatkan orang ramai dalam aktiviti kecergasan yang menyeronokkan sambil menekankan kepentingan penjagaan ususmelalui pengambilan Yakult secara berterusan”.

“Pada tahun hadapan, Yakult berhasrat untuk terus menyokong inisiatif sukan dan kesejahteraan dengan menganjurkan lebih banyak aktiviti kecergasan berasaskan komuniti.

“Kami akan meneruskan program Misi Sihat Yakult di sekolah, dengan memberi tumpuan kepada aktiviti Lompat Tali.

Selain itu, Yakult merancang untuk meningkatkan penyertaan dalam acara kebangsaan seperti Hari Sukan Negara dan memperluaskan penglibatan dalam program sukan bagi mempromosikan kepentingan kesihatan usus dan kecergasan untuk semua peringkat umur,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading