Bola Sepak

Faisal selesai jalani pembedahan pertama, keadaan tidak begitu baik


Keadaan Faisal selepas disimbah cecair dipercayai asid pada Ahad. FOTO KREDIT PEMILIK

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata, keadaan terkini Faisal Halim, tidak begitu baik selepas menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam pagi Isnin.

Memetik laporan Sinar Harian, penyerang kebangsaan itu kini berada dalam pemerhatian doktor selepas pembedahan tersebut.

“Faisal telah menjalani pembedahan pertama tetapi saya boleh katakan keadaannya tidak begitu baik.

“Sukar untuk saya ceritakan dan ketika ini dia sedang dalam pemerhatian doktor,” katanya.

Pada Ahad, Faisal telah disimbah cecair dipercayai asid dalam satu kejadian di sebuah pusat membeli belah di Damansara.

Pemain itu mengalami kecederaan melecur tahap dua di badan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Seorang suspek telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading