Bola Sepak

Faisal cedera di muka, badan dan tangan akibat disimbah asid


FOTO KREDIT PEMILIK

Nasib malang buat penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim apabila disimbah cecair dipercayai asid pada Ahad.

Kejadian tersebut berlaku difahamkan semasa beliau baru selesai bermain di litar go kart di sebuah kawasan pusat di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Petaling Jaya pada Ahad.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian berkenaan dan  pihaknya sebelum itu menerima panggilan kira-kira jam 5.51 petang berhubung kejadian berkenaan.

Wartawan tanah air, Fina Nasrom di laman X berkata, dia juga mendapat perkhabaran tersebut.

Difahamkan Faisal mengalami kecederaan di badan, tangan dan muka selain baju yang dipakainya turut kelihatan cair akibat simbahan cecair itu.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali turut memandang serius mengenai kejadian yang menimpa penyerang bolasepak Selangor FC itu.

Wartawan sukan, T.Avineshwaran mendedahkan, PFAM akan mengambil langkah awal untuk membantu Faisal termasuk mencari cara untuk membantu Faisal menempuhi trauma itu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading