
PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan Gon tidak akan meletakkan jawatan dan akan terus membimbing skuad kebangsaan untuk memastikan layak ke pentas Piala Asia 2027 di Arab Saudi.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan dakwaan mengatakan pengendali dari Korea Selatan itu mengemukakan surat kepada FAM dan sedia meletak jawatan adalah tidak benar.
Tegasnya, Hamidin mendakwa ada individu yang berniat tidak baik menyebarkan maklumat berkenaan yang mana ia seakan mahu memberi persepsi negatif kepada FAM dan pasukan Harimau Malaya.
“Pertama sekali saya nak bagitahu, sudah tentu berita itu palsu dan fitnah, boleh semak dengan Kim Pan Gon (KPG), apabila saya dapat berita, saya terus hubungi KPG.
“Saya tanya dia ‘anda nak berenti ke tidak, kalau nak berhenti hubungi saya, saya yang lantik anda’. Dia (KPG) kata, ‘tidak Datuk’.
“Ada orang yang cuba berniat tak baik, saya sedih. Itu (dakwaan Pan Gon mahu letak jawatan) memang penipu, orang yang bagi maklumat itu. Dia (Pan Gon) ada kontrak hingga tahun depan dan berjanji ingin membantu Malaysia layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi,” katanya.






Add Comment