Golf Terkini

Kejohanan Golf Remaja Terulung Malaysia Sedia Menyambut Pemain Terbaik Rantau Asia


The Royal Selangor Golf Club (RSGC) akan menjadi tuan rumah kepada pemain golf amatur muda yang paling menjanjikan dari Malaysia dan rantau ini untuk edisi ke-8 Kejohanan Golf Jemputan Remaja berprestij “8th RSGC-SportExcel Junior Invitational Golf Championship 2023”, yang akan diadakan dari 7 hingga 9 Jun 2023 di RSGC. Acara itu dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel).

Misi SportExcel adalah untuk memperkasakan dan memberi inspirasi kepada remaja
dalam bidang olahraga dan akademik. Dengan kerjasama ini, RSGC positif mengalu-
alukan pemain remaja Golf Elit Malaysia yang menyertai kejohanan ini.

Dengan penganjuran kojohananan ini, RSGC meneruskan perjalanan dan komitmennya
untuk menyokong pembangunan golf remaja. Pertandingan ini telah beralih daripada
acara terbuka kepada acara jemputan supaya pemain elit remaja berpeluang bermain dan
cemerlang di kelab golf premier yang bersejarah dan tertua di Malaysia.

Jemputan kepada pemain elit SportExcel, juara negeri dan kelab, dan pemain terbaik
serantau dan disasarkan untuk pemain amatur remaja (lelaki dan perempuan 18 tahun ke
bawah), dengan handicap USGA 10.6 dan ke bawah untuk kategori remaja lelaki dan
handicap USGA 13.4 dan lebih rendah untuk kategori remaja perempuan.

Kejohanan tahunan 3 hari itu menarik pemain-pemain muda yang paling berbakat dalam
sukan ini, kebanyakannya diiktiraf dalam Kedudukan Sistem Carta Golf Amatur Dunia
(WAGR). WAGR menyenaraikan pemain golf amatur teratas di seluruh dunia berdasarkan
prestasi purata mereka dalam ‘Counting Events’ di mana kejohanan ini disenaraikan.

“Kami amat berbesar hati untuk sekali lagi mengalu-alukan rakan-rakan dari seluruh
Malaysia dan di seluruh rantau ini untuk satu lagi edisi Kejohanan Golf Jemputan Remaja
RSGC-SportExcel 2023. Ini adalah tahun ke-8 kejohanan tahunan ini dianjurkan dan ia
merupakan acara yang istimewa bagi kami, kerana ia akan menjadi kerjasama pertama
kami dengan SportExcel sebuah badan rasmi yang menyokong dan mempromosikan
sukan golf remaja di Malaysia,” kata Ezani Datuk Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa
Golf RSGC dan Pengerusi Penganjur Kejohanan Golf Jemputan Remaja RSGC-
SportExcel Ke-8 2023.”

Pemain golf remaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kejohanan
tersebut boleh pergi ke http://jao.thersgc.com/ . Penyertaan ditutup pada hari Rabu, 17
Mei 2023.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: