Pemain golf nombor satu wanita Malaysia, Kelly Tan, berharap pentas besar kejuaraan Major dapat memberi permulaan yang baik untuk musim 2023 beliau.
Selepas gagal memotong di tiga acara awal, Tan bertekad untuk mengubah keadaan pada Kejuaraan Chevron minggu ini. Pembuka musim Major 2023 Kejohanan Ladies Professional Golf Association (LPGA) akan bermula pada hari Khamis ini di The Club Carlton Woods, The Woodlands, Texas, yang menawarkan hadiah wang sejumlah AS$5.1 juta.
“Saya suka bermain dan sangat bersemangat dalam setiap Kejohanan Major. Ia mungkin agak sukar untuk tahun ini kerana saya hanya bermain dalam tiga acara setakat ini, dan kini sudah hampir penghujung April. Ia sukar untuk saya mencari rentak,” kata Tan, yang berusia 29 tahun dan akan membuat penampilan ke-24 dalam Major.
Kejuaraan Chevron, sebelum ini yang dikenali sebagai ANA Inspiration, dijalankan di lapangan Mission Hills Country Club di Palm Springs, California, buat julung kalinya sejak dimulakan pada tahun 1972. Namun pada tahun ini ia akan diadakan di lapangan Carlton Woods ‘Jack Nicklaus Signature Course, yang tidak pernah dimainkan oleh Tan sebelum ini.
“Saya sangat bersemangat untuk melihat lapangan golf ini, walaupun saya akan rindu bermain di Palm Springs. Saya belum pernah bermain di sana dan sedang menunggu waktu latihan,” catat Tan, yang keputusan Major terbaiknya adalah T13 di Kejohanan PGA Wanita KPMG 2020.
Selepas menikmati musim 2022 yang memberangsangkan di mana beliau menduduki tempat ke-67 Race to the CME Globe LPGA, Tan yakin dia boleh menjadikan sisa tahun ini lebih bermakna.
“Golf memang kelakar kerana anda boleh bermain dengan hebat, tetapi beberapa pukulan yang tersasar akan mengakhiri minggu anda lebih awal. Yang paling penting, saya hanya ingin bermain lebih banyak golf kerana saya hanya bermain enam pusingan dalam musim ini.
Masih ada banyak kejuaraan hebat yang tinggal dan ada banyak perkara baik yang boleh saya ambil minggu ini di Hawaii,” kata Tan, merujuk kepada Kejohanan LOTTE yang diadakan minggu lalu.
Ditambah pula dorongan bagi Tan musim ini atas pelantikannya sebagai duta ASEAN Maybank, dan pengumuman LPGA akan kembali ke Malaysia dengan Kejohanan Maybank bernilai AS$3 juta pada 26-29 Oktober di Kuala Lumpur Golf & Country Club.
“Saya sangat gembira dapat kembali fokus pada golf lagi. Saya benar-benar berterima kasih kepada Maybank atas segala usaha yang mereka lakukan untuk saya dan untuk golf wanita di Malaysia,” kata Tan, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Pada bulan Disember yang lalu Tan telah bersanding dengan teman lelakinya Dustin Lattery yang juga pengurus dan caddie-nya. Dia berkata bahawa tidak banyak yang berbeza kerana mereka bersama dalam setiap kejohanan.
Ini dalah kehidupan yang sama. Hidup di atas kejohanan dan mungkin bukan pengalaman yang dialami oleh kebanyakan pasangan yang baru berkahwin. Kami saling menyokong dan melakukan apa yang kami cintai, “katanya,
Tan akan memulakan saingan pada hari Khamis 20 April jam 7.26 pagi (8.26 malam waktu Malaysia) di The Chevron Championship. Dia bergabung dengan Yealimi Noh dari Amerika dan remaja Thailand Eila Galitsky, yang memenangi kejuaraan Asia- Pasifik Wanita 2023.
Kejohanan Chevron akan disiarkan secara langsung di Malaysia melalui saluran Golf Channel (Astro 822)
Untuk keterangan lanjut dan terkini, layari laman sesawang lpga.com
Add Comment