Bola Sepak

Mat Don terlepas aksi Piala Sumbangsih 2023


Aksi Liridon semasa pramusim 2023 bersama TFC di Thailand. FOTO TFC

Status sebagai pemain pinjaman menyaksikan pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi tidak dapat membantu Terengganu FC pada aksi Piala Sumbangsih 2023 menentang kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat ini.

Ketiadaan pemain tengah itu yang terkenal dengan jolokan Mat Don menyaksikan Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner telah merangka satu taktikal lain apabila beraksi di laman juara Liga Super sembilan kali itu.

Akuinya, kehadiran Liridon berjaya membantu bahagian tengah pasukan termasuk memberikan kelebihan di posisi pertahanan apabila pasukan bertahan.

Kunjungan TFC ke gelanggan JDT juga menyaksikan mereka kehilangan tonggak tengah import, Habib Haroon dan Faiz Nasir yang tidak dapat beraksi kerana faktor kecederaan.

Biarpun sah kehilangan tiga tonggak setakat ini namun Steinbruckner percaya pemain lain masih mampu mengalas dan mengisi kekosongan semasa memburu kemenangan pada aksi Piala Sumbangsih itu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: