KELANTAN FC begitu serius mempersiapkan pasukan menjelang saingan Liga Super musim ini apabila membawa masuk pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) Carli De Murga.
Bekas pertahanan Chonburi ini menyertai The Red Warriors (TRW) selaku pemain tetap ran bakal menjadi aset terbaik bagi memantapkan pertahanan pasukan dalam misi besar musim 2023.
Carli yang berusia 34 tahun itu merupakan antara bintang berpengalaman di Malaysia setelah beraksi bersama Terengganu dan juga JDT sebelum ini.
Menerusi kenyataan oleh pemilik Kelantan, Norizam Tukiman, beliau memaklumkan bahawa pasukan kini giat membawa masuk beberapa lagi pemain.
De Murga difahamkan akan dibawa masuk secara tetap dan bukannya pinjaman menerusi hantaran komen yang dibuat oleh Zamsaham.
Untuk rekod, Kelantan FC sudah pun membawa masuk beberapa nama antaranya ialah pertananan Korea, Kang Eui Chan, Kim Min Kyu, Nuha Marong dan beberapa pemain lagi.
Add Comment