Bola Sepak

Kenari pasang impian ke pentas Asia musim hadapan


Pemain KDA FC mengayakan jersi pasukan itu bagi musim 2023.

“Kita mempunyai sasaran yang cukup umum untuk cuba membawa Kedah Darul Aman (KDA) FC muncul empat pasukan terbaik untuk tahun ini.

“Piala itu satu bonus jika berjaya medapatnya. Kita juga cuba melayakkan diri ke pentas Asia pada tahun hadapan,” kata pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

Beliau berkata demikian mengulas sasaran yang diletakkan oleh pengurusan kepada skuad Nafuzi Zain selepas Majlis Pelancaran Jersi, Lagu Baharu dan Pengumuman Penaja Baharu 2023 di Stadium Darul Aman.

Tokoh kewangan Islam antarabangsa ini berkata, tajaan antarabangsa daripada Bin Zayed International menjadi satu cabaran baharu kepada Sang Kenari untuk memberikan aksi terbaik di pentas Liga Malaysia 2023.

“Ketua Pegawai Eksekutif Bin Zayed International telah menyatakan bahawa ingin melihat KDA FC muncul satu pasukan yang boleh memberi saingan kepada semua pasukan dalam Liga Malaysia,” ujarnya yang mengakui menerima tajaan besar daripada syarikat antarabangsa tersebut.

Menurutnya, kejayaan menarik penaja luar negara diyakini mencetuskan dan menarik perhatian lebih banyak lagi syarikat-syarikat antarabangsa yang akan masuk bukan setakat Kedah tapi juga di pasukan-pasukan yang lain. 

“Idea ini mencetuskan kepada banyak lagi syarikat-syarikat yang berada di China, Korea Selatan, Indonesia dan Eropah untuk menjadikan pasukan di Malaysia sasaran mereka sebab pasukan di sini mempunyai kumpulan penyokong yang besar,” katanya lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: