MENTERI Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob mengharapkan Kelantan United FC (KUFC) membawa imej dan nama baik negeri Kelantan ke persada bola sepak Malaysia.
Harapan itu disuarakan Ahmad ketika menerima kunjungan pengurusan KUFC diwakili Presidennya, Rozi Muhamad diiringi Penolong Pengurus Pasukan, Nik Khuzaimi Nudin.
Turut bersama ialah Exco Belia Sukan dan NGO Negeri Kelantan yang juga penasihat kelab, Wan Roslan Wan Hamat.
Pada kesempatan pertemuan itu, Rozi telah memaklumkan perkembangan semasa Kelantan United FC yang akan bersaing dalam saingan Liga Super musim 2023 kepada Ahmad
Rozi menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan moral berterusan dari Menteri Besar Kelantan selain merasa teruja dengan minat yang ditunjukkan oleh beliau kepada pasukan Sang Kijang Hijau.
Pada pertemuan itu, Ahmad mengharapkan Kelantan United FC terus membawa imej dan nama baik Negeri Kelantan ke persada Bola Sepak Malaysia.
Add Comment