Bola Sepak Liga Malaysia 2023

 Orozco hadir dengan sasaran


BINTANG import baharu Selangor, Yohandry Jose Orozco Cujia sedia menghadirkan impak buat pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.

Memiliki tempoh seminggu sebelum bermula hujung minggu ini,  pemain kelahiran Venezuela ini merasakan ia bukan sesuatu yang mustahil untuk melengkapkan keterujaannya apabila sertai The Red Giants.

“Sudah pasti perasaan saya begitu teruja untuk bermain di sini dan saya hadir dengan sasaran. Memang ada sedikit perbezaan namun saya akan cuba bina keserasian secepat mungkin.

“Saya sudah mula melihat perlawanan babitkan Selangor dan dengan masa yang ada, saya akan manfaatkannya untuk segera menyesuaikan diri,” katanya pada Program Jom Jumpa First Team Selangor FC, hari ini.

Mengenai cabaran yang bakal menanti,  Orozco mengakui ia bakal menjanjikan pengalaman berbeza dan menyifatkan Malaysia memiliki banyak kelab berkualiti.

“Apa pun saya tetap menghormati pasukan lawan kerana saya tahu ada banyak kelab kuat di Malaysia. Tetapi semuanya syaa belum tahu kerana saya hanya melihat menerusi video.

“Apa juga keadaannya, sudah pasti saya akan cuba sehabis baik untuk bantu pasukan,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: