Bola Sepak Liga Malaysia 2023

Orozco import terakhir Gergasi Merah

Sanggup ketepikan lamaran pasukan kelab lain demi Merah Kuning !!! Orozco pelengkap jentera import Selangor FC.

PEMAIN tengah dari Venezuela, Yohandry José Orozco Cujía  diumumkan sebagai pemain import terakhir Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M musim 2023, bermula 24 Februari ini.

Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, berkata pemain berusia 31 tahun itu dilihat mempunyai kelebihan yang dapat membantu menstabilkan pasukan pada musim ini.

“Pasukan sekarang dilihat memerlukan seorang jeneral pasukan. Saya berharap Orozco dapat memberikan corak permainan yang baik dan dapat menstabilkan di bahagian serangan pasukan.

“Kelebihan Orozco adalah beliau seorang yang memiliki kawalan bola yang sangat baik dan dalam masa yang sama mampu membantu rakan pasukannya untuk dapatkan jaringan gol.

“Beliau juga mampu menyempurnakan ‘set pieces’ dengan baik, saya harap kelebihannya akan terlihat di padang nanti,” katanya.

Lebih dikenali dengan gelaran Orozco , pemain ini adalah rekrut ketujuh dan terakhir yang diperkenalkan untuk membarisi pasukan utama selepas Selangor FC memperkenalkan Ayron Del Valle, Ahmad Khuzaimi Piee, V Ruventhiran, Mohamad Faisal Abdul Halim, Noor Al-Rawabdeb dan Rauf Salifu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: