Bola Sepak

Soleen Puji Komitmen Tinggi Pemain Bola Sepak Wanita B-17


Para pemain yang mengikuti Sesi percubaan dan pemilihan pemain skuad bola sepak wanita B-17 sebagai persiapan menghadapi cabaran pusingan Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 di Thailand, April ini. FOTO FAM

Sesi percubaan dan pemilihan pemain skuad bola sepak wanita B-17 sebagai persiapan menghadapi cabaran pusingan Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 di Thailand, April ini telah melabuhkan tirainya.

Pada sesi terakhir yang telah diadakan di Padang Latihan PKNS, Kelana Jaya, Ketua Jurulatih Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi memuji komitmen tinggi yang telah dipamerkan oleh pemain bola sepak wanita muda selama empat hari.

“Bukan mudah untuk seorang pemain bola sepak menjalani latihan berintensif tinggi selama empat hari berturut-turut.

“Ia memerlukan mentaliti yang kuat serta jiwa yang cintakan sukan ini, jadi syabas kepada semua pemain kerana berjaya melengkapkan sesi percubaan dan pemilihan ini.

“Barisan pemain ini akan diberikan pelan latihan secara individu supaya mereka dapat mengekalkan prestasi mereka di tahap yang terbaik sementara menunggu panggilan rasmi ke kem latihan pusat yang akan diadakan pada pertengahan bulan Mac ini,” kata Soleen.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: