Bola Sepak

Lagu baharu KDA FC pada majlis pelancaran jersi


Mohd Daud (kiri) bersama Khai.

Lagu baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC bakal dipersembahkan kepada penyokongnya pada majlis pelancaran jersi, pengumuman penaja dan perlawanan legenda Kedah menentang Singapura di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 18 Februari Ini.

Pemilik Sang Kenari, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, beliau telah meminta penyanyi, Khai untuk mengubah dan mereka lagu baru KDA FC.

Lagu yang bertemakan ‘Membina Impian Mengupaya Legasi’ ini bakal melengkapkan lagu keramat KDA FC iaitu Biar Jasa Jadi Kenangan.

“Saya kongsikan bentuk gelombang dan frekuensi lagu baru ini. Mesti rancak ‘menyerit’. Mesti semangat. Mesti ada kemindaan dan visi. Mesti menyeru seluruh rakyat negeri Kedah dengan pelbagai latarbelakang. Mesti mengusik jiwa dan legasi. Macam-macam lagi.

Pening Khai dengan permintaan saya yang pelbagai dan tinggi. Beliau ambil cabaran saya,” ujarnya.

Persembahan yang akan berlangsung di masa rehat separuh masa pertama aksi perlawanan Legenda Kedah dan Singapura ini pasti menarik kerana buat pertama kalinya dengan sentuhan pemilik KDA FC sendiri.

Lagu ini akan menjadi siulan penyokong selain dari lagu keramat Biar Jasa Jadi Kenangan ciptaan Dato’ Paduka Haji Ahmad Basri bin Mohd Akil.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading