Bola Sepak

KBS kecam tindakan bekas pelapis percubaan BAM


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengecam sekeras-kerasnya ucapan berbaut perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan bekas pemain pelapis percubaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Bong Guang Yik.

Menterinya, Hannah Yeoh memaklumkan, pihaknya sudah membuat semakan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan BAM dimana Guang Yik bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 (9 tahun yang lalu) dan kini tidak menetap di Malaysia.

“Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf.

“Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia,” ujarnya

Tegasnya lagi, Hannah mengulangi pendirian sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.

“Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing,” ujarnya menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: